Arman DBA: Kami terlalu Sayangkan Arwah. . .

Rabu, 5 Oktober 2011

Kami terlalu Sayangkan Arwah. . .

Assalamualaikum

Salam kepada seluruh peminat seni Dikir Barat...
Tanggal 17 September 2011, jam 11.45 pagi hari Sabtu... tarikh dan waktu yg tidak akan aku lupakan sampai bila2...

(dari kiri > Zarinah(ibuku),diriba Adam(ank saudara),Aspalela,Amran,Arwah Ayah dan Ahmad adik bongsu)

Inilah gambar Raya Aidilfitri terakhir arwah Ayahanda tercinta. Aku sangat2 lah rugi kerana tidak dapat beraya bersama arwah memandangkan tahun ini giliran aku beraya di rumah isteri ku di Jerantut,Pahang. Aku sungguh terharu kerana arwah telah memakai baju melayu aku pada hari raya itu.
Walau bagaimanapun raya ke-3 barulah sempat aku pulang dari Jerantut dan berbual dgn Arwah Ayahanda.
Ketika itu arwah sudah menunjukkan perubahan sikapnya..Arwah tidak byk bercakap seperti selalu.
Agak banyak perubahan2 yg kami sekeluarga nampak namun itu hanya terdetik dihati, tidak mampu diungkapkan... Selepas pemergian arwah barulah semua teka teki terhurai.

"Adik balik hari Sabtu ni Ayoh tak dok do lah"
ungkapan arwah kepada adik perempuan aku yg akan bertolak menaiki bas bagi menyambung semester pengajiannya di UMT,Terengganu.
Seolah-olah arwah sudah tahu akan sampai masanya...
Comments
0 Comments

0 ulasan: