Arman DBA: 2011

Selasa, 1 November 2011

PUISI BUAT ARWAH AYAHANDA

Andainya mampu kuputar waktu
Seribu harapan untukku terus bersama-sama denganmu

Andainya mampu kuputar usiaku
Sejuta dambaan dapat kurasakan belai kasihmu

Andainya mampu kuputar jalan hidupku
Ingin aku mengabadikan bakti kepadamu

Andainya mampu kuputar derita getirmu
Ingin aku menjadi galang gantinya

Andainya mampu kuputar jejakmu
Ingin kusantuni sekalian sahabat taulanmu

Andainya mampu kuputar sejarah leluhurmu
Ingin kutelusur persebarannya di rantau alam Melayu ini

Andainya mampu kuputar lakuku
Ingin kubersihkan segala dosaku kepadamu

Wahai ayahandaku yang telah pulang
Tiadalah dayaku 
memutar segala yang telah berlalu
Redhalah aku akan kepergianmu
kembali ke haribaan Rabbul Izzati

Munajatku akan tetap kuhadapkan kepada-Nya 
Bahagialah ayahanda dinaungi rahmat-Nya
Semoga segala hak dan amanah yang telah ayahanda tunaikan
kepada pencipta jiwa dan jagat raya
juga kepada makhluk di alam semesta
memberikan sinar di alam barzahmu

Istirahatlah wahai ayahandaku
di alam yang bebas daripada tipu daya dunia
sementara menanti tibanya alam mahsyar
perhimpunan besar penentu destinasi abadi
Semoga kita bersua di syurga jannati.

Lirik Lagu Gila Judi




















LAGU : GILA JUDI
Lagu/Lirik : Arwah DBA

SAMA LAH KITA MERENUNG KEMBALI
APA TERJADI BERULANG KALI
AKIBAT JUDI SANGAT DIKESALI
ANAK ISTERI TAK AKAN PEDULI

Gila judi buruknya akibat
Tak kenal kawan ataupun sahabat
Sanggup menipu kaum kerabat
Penyakit itu payah diubat.

Pabila asyik duk di meja judi
Lupa segala tanggungjawab diri
Semakin kalah semakin menjadi
Yang jadi mangsa anak isteri

Keluar malam kadang tidak pulang
Sering terjadi dah berulang-ulang
Walau isteri cuba menghalang
Si gila judi tak dengar bilang. . . .

*ada lagi 2 pantun. . .

Isnin, 31 Oktober 2011

Keratan Akhbar Utusan Malaysia 8 Ogos 2009

Abe Daud masih berlagu


MAT Daud Che Mat membuat persembahan bersama kumpulan Sinar Baru Kampung Chicha di Kubang Keranji, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 7 - Bagi kebanyakan anak Kelantan yang berusia 40-an ke atas dan menggemari hiburan tradisional, mereka turut membesar bersama irama lagu-lagu dikir barat dendangan juara Daud Bukit Abal dan kalangan penghibur seangkatan dengannya.
Di era 60-an hingga 80-an, nama Daud Bukit Abal sempena nama kampungnya atau Mat Daud Che Mat,69, cukup gah - ia merupakan 'tiket' bagi penganjur persembahan menarik ramai penonton saban malam sama ada di kampung atau di pekan.
Namanya sebaris dengan juara yang tersohor ketika itu termasuk Jusoh Kelong, Ariffin Ana dan Salleh Jambu.
Suaranya sering berkumandang melalui slot dikir barat stesen radio tempatan yang ketika itu tidak mempunyai sebarang saingan dengan stesen-stesen lain.
Mat Daud yang membahasakan dirinya sebagai Abe Mat masih belum meninggalkan dunia pentas seni dan dia kini membimbing anak-anak muda termasuk di Kampung Kubang Keranji di sini untuk diwarisi penguasaan dikir barat dalam bentuk asalnya.
''Ambo ni mula ngajar sejak dari hari tu lagi pah ko loni (saya mula mengajar dikir barat sejak dari mula dahulu sampai sekarang)," katanya kepada rombongan pihak media dari Kuala Lumpur dan Jabatan Warisan Negara mengunjunginya baru-baru ini.
Bersamanya di bengkel latihan di Kubang Keranji pada hari tersebut lebih 20 orang belia yang terdiri daripada enam pemuzik dan awak-awak (penyahut suara penyanyi) giat berlatih.
Melihat betapa sukarnya dia mengatur langkah dan mengah suaranya ketika ditemubual, ternyata beliau sudah dimakan usia.
Namun apabila dihulur mikrofon untuk mengalun suara bagi mengenalkan tetamu tentang siapa dia sebenarnya, dia tampak tiada beza dengan juara atau 'tok jogho' muda yang lain kerana suaranya masih tetap gemersik.
Mat Daud adalah satu-satunya daripada empat juara dikir barat terulung di Kelantan yang masih hidup. Rakan seangkatannya yang masih aktif sejak 1960-an sudah tiada.
Dia sudah mengajar lebih 170 kumpulan dikir barat seluruh Malaysia termasuk di institut pengajian tinggi. Malah pengalamannya sering ditagih untuk menjadi juri dalam pertandingan dikir barat termasuk di Thailand dan Singapura.
''Saya tidak rasa seni dikir barat ini akan hilang ditelan zaman kerana ia disuburkan dengan cara yang lebih menarik, disesuaikan mengikut zaman.
''Anak-anak muda meminati gerak gaya yang cergas dan bunga tari dalam persembahannya, namun mereka perlu tahu dan turut menjaga keasliannya,'' kata Mat Daud.
Pada awalnya dia dikenali dengan gelaran Daud Yalley yang membawakan lagu-lagu irama padang pasir sebelum beralih kepada lagu-lagu Melayu Asli yang disesuaikan dengan lengguk dikir.
''Masa muda dulu saya bergerak dengan kumpulan sendiri, Kumpulan Bukit Abal, sebelum begerak bersendirian sebagai juara undangan.
''Sekarang saya masih mendapat jemputan dari kumpulan bekas-bekas anak murid saya yang meminta saya menjadi tok juara atau penyanyi utama dalam persembahan mereka."
''Setiap minggu beliau mendapat tidak kurang tiga jemputan bukan sahaja dari Kelantan tetapi juga Terengganu dan Thailand," ujarnya.
Bagi Mat Daud, lagu dikir barat mesti mengikut peredaran zaman agar ia lebih bermakna dan bukan hiburan murah semata-mata.
''Saya boleh katakan pada zaman dahulu lirik dan lagunya hanya bermatlamatkan hiburan orang kampung. Hiburan sungguh-sungguh, tak ada faedah.
''Yang dinyanyikan berkisar tentang wanita dan hubungan kasih lelaki dan perempuan, sekadar hiburan melepas lelah selepas musim menuai padi.
''Tetapi sekarang banyak lagu dikir barat diolah untuk mengajak kepada kebaikan seperti dakwah Islam dan perpaduan rakyat," jelasnya.
Pesara tentera, Rosli Nawi, 43, ketua kumpulan dikir barat Sinar Baru, Kampung Chicha yang mendapat tunjuk ajar Mat Daud hari itu berkata, mereka menjemput tok juara veteran tersebut untuk mengajar kerana mahu mendapat ilmu dan seni itu yang asli.
''Mat Daud adalah satu-satunya rujukan asli dikir barat yang masih ada. Kita kumpulkan budak-budak untuk mendengar sebutan dan irama yang betul daripadanya. Rugilah kalau kita tidak ambil peluang berguru dengan beliau," katanya.
Mat Daud yang mempunyai pewaris 'sah' seni dikir barat menerusi dua anak lelakinya yang bergiat aktif di institusi pengajian tinggi dalam negara iaitu Arman, 28, dan Amran, 22, bercadang 'bersara' dalam masa dua tahun lagi.
''Lagipun anak murid ambo dah ramai. Satu Malaysia ini anak cucu pak cik belako," katanya yang sudah mencipta lebih 400 lagu.


*betol la arwah ayah betol2 bersara 2 tahun kemudian . . .

Ahad, 30 Oktober 2011

Keratan Akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini : Temasya Dikir Barat Meriah

Temasya dikir barat meriah

Jumaat, 28 Oktober 2011

Kaset DBA Tahun 80 an Dahulu

Ini antara koleksi kaset Arwah DBA yg ada dlm simpanan aku. Dalam kaset ni ada lagu-lagu Arwah DBA Arwah Salleh Jambu, Arwah Hussin Gelang Mas dan Pok Wo Sudin.
Mungkin ada di antara remaja-remaja generasi baru ni dah tak kenal atau tak pernah tengok kaset dikir barat yang warna merah mcm ni, al-maklum la mereka lahir di  zaman CD, VCD dan MP3 dah kan. 
Setiap kali aku dengar suara-suara mereka dalam kaset ni pasti BULU ROMA aku akan BERDERAU NAIK. Memang hebat mereka ni dulu - dulu. Mereka mmg layak digelar LAGENDA kita.

Antara koleksi kaset DBA  yg ada dlm simpanan aku.

KESAH NAN LALU

LAMANYA KITA TIDAK BERJUMPA
BERTAHUN - TAHUN TAPI MENGAPA
DALAM HATI KU TETAP TAK LUPA
RINDU NAK KIRIM PADA SIAPA.

Cuba kau igt kisah nan lalu
Kisah kita masa dahulu
Tak dapat aku kenang selalu
Hati yang sedih bertambah pilu.

*ada 5 pantun lagi . . .

Khamis, 27 Oktober 2011

Selesai Sudah Majlis Tahlil 40 Hari Arwah

Terima Kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat. Aku tak sangka ramai yg datang. Sampai tak muat rumah kena tunggu giliran. Ada yang sampai "tahlil" atas motor dan dalam kereta jer. . .

Antara sebahagian yg hadir tahlil.
Chef kita Abg Zin dan Fattah . . .

Nasik Kawah..Fuhhh!! Kerak Best Wooo!!!

Gulai kawah special campur umbuk kelapa.

Terima Kasih tak terhingga . . .

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA JUGA KEPADA KAWAN - KAWAN YANG TAK DAPAT HADIR . . .

Poster Dikir Dulu - Dulu

Tadi aku duk belek - belek almari barang arwah tu aku jumpa la poster-poster dikir lama ni. Tak la lama sgt, tapi tu antara poster dikir yg boleh dijadikan barang nostalgia jugak la sbb nama Arwah Seman Wau Bulan pun ada lagi tu. .

Nama dlm poster yg telah meninggal dunia Arwah Seman Wau Bulan dan Arwah Pok Teh Pok Tani . . .


Arwah Ismail Baju Jarang dan Arwah Pok Nik Man Cok Cangkul . . .
 .

Rabu, 26 Oktober 2011

DBA dan Dikir Halaqat

Dalam setahun setengah ini arwah banyak berdikir dengan kumpulan dikir HALAQAT. Arwah byk mencipta lagu2 yg berunsurkan dakwah dan sempat merakamkan album bersama kumpulan Dikir Halaqat. . . 

Arwah DBA sedang menyampaikan lagu Dakwah sambil diperhatikan oleh Tok Imam Pa.
26 Feb 2011

40 Hari Arwah Pergi . . .

Hari ini 26 Oktober 2011(Rabu) bersamaan Hari Deepavali cukup 40 hari Arwah Ayahanda meninggal kami. Terasa bagaikan baru semalam Arwah pergi. Rindu ku pada arwah tidak terungkap dengan kata-kata . . .
Esok kami sekeluarga akan adakan tahlil 40. Jika ada kelapangan kami menjemput semua saudara-saudari datang kerumah kami di Kampung Banggol Jenereh.

Ketika kunjungan  rombongan Mat Yie Arjunasukma dan Hisham Salak Madu
(3 Oktober 2011 / 2 minggu sblm arwah meninggal dunia)





Isnin, 24 Oktober 2011

Festival Dikir Barat Kelantan - Extravaganza, Lively & Entertaining !



Terima Kasih tak terhingga kepada pemilik(Ihseng) Video ni yg sudi berkongsi di laman Youtube.

Ahad, 23 Oktober 2011

Kenangan Persembahan Perkampungan HADHARI 2007

Bersiap sblm memulakan persembahan

DBA sedang mengarut

Penutup . . . Wau Bulan.

Persembahan untuk satu program Perkampungan Hadhari 2007 di Kota Bharu. Arwah DBA sebagai tukang karut, Tok Juara Daud Tujuh manakala Kumpulan Dikir Barat Telaga Bata, Tumpat lawan kumpulan dikir dari Kota Bharu dan tukang karutnya Arwah Ismail Baju Jarang . . .

Sabtu, 22 Oktober 2011

ANIDA

Lagu ANIDA adalah salah satu lagu yang telah menaikkan nama DBA sekitar tahun 70 an . . .
Anida . . .
Sekadar Gambar Hiasan
ANIDA


KAU MANIS JELITA MENAWAN HATI
BUDI BAHASA SUKAR DIGANTI
ANIDA, ANIDA KASIH KU SEJATI
SERIBU TAHUN TETAP KU NANTI . . .


Senyum mu manis mengukir madu
Suara mu merdu bak buluh perindu
Santun berbudi bahasa berpadu
Buat hati ku bertambah rindu


Kasih ku suci cinta ku sejati
Tak dapat lagi ditukar ganti
Walau seribu ada pengganti
Dari yang lain baik ku mati . . .




*ada 4 pantun lagi

Jumaat, 21 Oktober 2011

Pok Wo Sudin Kawan Baik Arwah DBA

Kanan > Gambar kenangan 30 tahun yg lepas . . .

Pok Wo Sudin antara tukang karut yg seangkatan dengan Seman WB, Awang ID, Hussin GM dan  Mat Yeh. Pok Wo sekarang menetap di sebelah Pattani selatan Thai. Beliau kurang sihat berikutan serangan Strok beberapa tahun yang lepas. Umur beliau sekarang kurang pasti tetapi dianggarkan sekitar 71 hingga 73 tahun. Pok Wo Sudin adalah salah seorang rakan karib arwah ketika tahun 60-80 an . . .
Gambar sebelah kiri> ketika Pok Wo sudin datang melawat keluarga kami 3 hari selepas Arwah Ayahanda meninggal.
Gambar kanan> Pok Wo Sudin(bulat merah) sebelah Arwah DBA, ketika kumpulan Dikir Kg Lepah bergambar sblm bertolak ke Melaka untuk satu pertandingan Pesta Dendang Rakyat.

Bangsal Dikir Terakhir Arwah DBA

Inilah bangsal dikir terakhir arwah Ayahanda pergi. . .
Kumpulan Dikir Awana Panggung, Kg. Panggung, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.



Oleh sbb itulah aku jemput kumpulan ni untuk menyertai Festival Dikir Perdana 2011.
*Rakaman video nyanyian terakhir arwah kt bangsal ni ada, tapi masih belum kuat "semangat" nak tengok . .nanti bila dah betul-betul bersedia baru aku akan kongsikan kt sini. . . .TQ

Khamis, 20 Oktober 2011

Sijil Pertandingan Pesta Dendang Rakyat

Sijil Pertandingan Pesta Dendang Rakyat
Sebenarnya banyak sangat-sangat sijil Arwah Ayah ni.. tapi yang ada cuma dalam 20 keping jer. Banyak yang hilang dan rosak. Ini adalah antara sijil-sijil lama yang Arwah simpan. . . .




SIJIL PESTA DENDANG RAKYAT

Keratan Akhbar Seman Wau Bulan Meninggal Dunia

Arwah ada simpan keratan akhbar Seman Wau Bulan Meninggal Dunia. . . .


Arwah Ayah selalu menceritakan yang Arwah Seman Wau Bulan ni hebat sangat-sangat.. Sampai hari ni pun tak ada siapa lagi yang boleh menandingi Arwah Seman WB ni. Zaman sebelum Arwah Ayah berdikir Arwah Seman WB ni dah SOHOR dah nama. Dah manjadi sebutan ramai . . .
Arwah Ayah suka gi tengok orang berdikir kalau Arwah Seman WB ni Mengarut  dan yang paling Arwah Ayah kagum adalah suara Arwah Seman WB ni melagukan lagu Wau Bulannya sbg penutup persembahan.. Katanya ada yang menangis mendengarnya. Ramai wanita-wanita yang tergila-gilakan suara Arwah Seman WB ni.

Album Kaseh Boleh Berubah


Album Dikir Asli . . . Hati Boleh Berubah.  Album ni menggunakan paluan gendang panjang/gendang silat oleh Pok Sue Agil. Awok-awok mantap!!! Kumpulan Dikir kalau tak silap aku Kumpulan Dikir Kg.Lepah . . Terbaik la album ni. Kalu tak caya sila beli Kat Kota Bharu @ Rantau Panjang ada jual lagi. Antara lagu yg popular dlm album ni NELAYAN, SUKONYO WEI MAIN MAINE, SAHUT SERUAN, PUTUS KASIH KERANA TERPAKSA dan KASEH BOLEH BERUBAH. Penerbit album ni Arwah WAK SIR(pelawak)...


Kalau kita perhatikan tajuk-tajuk lagu dlm album ini ada pelbagai tajuk lagu yang berkaitan dgn cinta, patriotik, kekeluargaan, kemasyarakatan dan  kesenian kebudayaan. . . .juga penuh dengan nasihat. Saya cadangkan saudara saudari dengar dan cuma perhatikan kualiti pantun-pantun di setiap rangkap pantun lagunya. Sangat hebat... Kalau tak percaya beli album ni dan anda dengar sendiri.



NELAYAN

WAHAI NELAYAN DI TENGAH SAMUDERA
RAJIN DAN SABAR MENEMPUH GELORA
HUJAN DAN PANAS TIDAK TERHINGGA
TANGGUNGAN HIDUP PERLU DIJAGA.

Tugas nelayan memang begitu
Merentas lautan beribu batu
Jalan kewajipan tak kenal waktu
Namun pendapatan belum la tentu. . .

Kadang turun siang kadang-kadang malam
perahu sampan timbul tenggelam
menggadai nyawa di laut dalam
mengharap rezki yg datang menyulam . . .

Waktu tangkapan byk didapati
amat gembira rasanya di hati
mahu kelaut tidak berhenti
anak isteri rindu menanti . . .

*ada lagi 3 pantun*

Lagu NELAYAN ni dicipta untuk satu festival/Pesta Pantai dulu2 punya. . . .

Rabu, 19 Oktober 2011

Tinggal Kenangan . . .



Gambar ni masa aku ngn arwah gi hantar Amran untuk pendaftaran pelajar kt UPSI Perak.
Tahun 2008, 3 tahun yang lepas. . . Arwah sangat gembira dan berbangga dengan Amran yang telah dapat menyambungkan pelajaran di UPSI. Aku selalu angankan Amran sempat menghabiskan pelajaran dan bekerja sebagai seorang guru sebelum arwah pergi . . .
Namun. . . .

Selasa, 18 Oktober 2011

Festival Dikir Barat Perdana 2011

FESTIVAL DIKIR BARAT PERDANA 2011

Terima Kasih kepada Rentak Seni kerana berkongsi video ni kt YT.
Emm . . .yang ni sebelah malam, ada yang siang hari lagi best masa perasmian . . .
yg sebelah malam ni awok2 dah x der suara dah, ramai yg dah serak tekak ...
Tajuk Lagu : PENGGIAT SENI
Lirik : JKKN Kelantan
Irama/Melodi : Arwah DBA
Tok Juara : Arman DBA
Artis Dikir yg terlibat : Dollah Tok Deh, Nor Jaafar, Jen Endoro, Hamid Budaya, Jali Kain Batik, Koha Teknik, Arman DBA, Draman Tok Raja, Ramli Raja Laut, Ezri Layang Putih, Fadil Nor Kasturi, Robi Wisma, Mat Yie Kota Raya, Roy Kapilla, Fendi Kenali, Rozi Kemang Berduri, Adik Alif, Khairul PDRM, Shaq Mentor, seorang penyanyi berbangsa cina dan seorang org Asli.



Video ni adalah persembahan kali ke-2 dah... yang persembahan pertama masa perasmian festival oleh Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim  jam 1 petang.

Sesi latihan
penat wehhh, 2 hari 2 mlm.
Latihan bermula pada 16 Okt 2011 jam 9.00 pagi. Masa mula-mula latihan mata aku sentiasa bergenang dgn air mata, langsung tak boleh nak focus. Aku terbayangkan Arwah ada di atas pentas bersama-sama di sebelah aku. 

Agak berat tugas yang aku pikul. Aku ditugaskan untuk menggantikan Arwah Ayahanda memulakan persembahan pembukaan masa perasmian festival depan Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Inilah tugas terakhir yang arwah tinggal kat aku. Kalau sebelum ni pun aku selalu juga ganti dia kalau dia kurang sihat. . .



Draman Tok Raja dan Jen Endoro
Masa latihan dan persembahan aku duk bersama-sama dgn Deraman Tok Raja dan Jen Endoro. . .

Ezri Layang Puteh

Deraman Tok Raja, Jen Endoro, Mat Yie Kota Raya, Rozie Kemang Berduri
Sedang tekun mendengar taklimat dari pegawai kebudayaan En. Asnan




Dollah Tok Deh

Fadil Nor Kasturi

Terima Kasih banyak - banyak kepada kawan-kawan yang banyak memberikan semangat dan dorongan . . .


Terima Kasih dan tahniah tak terhingga kepada awok-awok dikir dari seluruh jajahan yang datang dalam menjayakan program ini. Komitmen dan semangat anda sangat-sangat dihargai .



Terbaik la BRO!!!

Dewan penuh!!!

Penyanyi Cina...Lai-lai kratong . . .


Rozi Kemang Berduri dan Hamid Budaya
Roby Wisma dan Ramli Raja Laut

Temasya Dikir Barat Kelantan 2011
Maaf banyak-banyak sebab gambar tangkap muat je semua.. Nanti dapat gambar yang elok-elok saya upload lagi. . . .

http://www.facebook.com/rrmand6781