Arman DBA

Selasa, 29 Mei 2012


 TANGGUNGJAWAB
Lagu : DBA

Tanggungjawab Kaum Hartawan
Muslimin Muslimat yang Berkemampuan
Jadikanlah Dirimu Seorang Dermawan
Kepada Mereka yang Perlu Bantuan.

Muslimin Muslimat Di Seluruh Negeri
Janganlah Hanya Berdiam Diri
Apa Pun Bantuan Patutlah Diberi
Yang Kebulur Sepanjang Hari.

Derma Itu Suatu Amal Bakti
Dalam Ugama Sangat Dituntuti
Sifat Mulia Di Dunia Dihormati
Bawa Bahagia Sampai Kemati.

Derma Ada bermacam pembentukan
mestikan hanya dijalan kebajikan
sifat pemurah yang engkau tunjukan
akan menjadi suatu tarikan.

Terlalu banyak mengharapkan derma
anak-anak yatim lah lebih utama
mangsa penindasan pun juga sama
dan setiap bentuk syiar Ugama..

Sedikit derma memberi kesan
dapat meringankan beban ketandusan
tapi hendaklah penuh keikhlasan
jangan mengharapkan puji dan balasan. . .

Selasa, 1 November 2011

PUISI BUAT ARWAH AYAHANDA

Andainya mampu kuputar waktu
Seribu harapan untukku terus bersama-sama denganmu

Andainya mampu kuputar usiaku
Sejuta dambaan dapat kurasakan belai kasihmu

Andainya mampu kuputar jalan hidupku
Ingin aku mengabadikan bakti kepadamu

Andainya mampu kuputar derita getirmu
Ingin aku menjadi galang gantinya

Andainya mampu kuputar jejakmu
Ingin kusantuni sekalian sahabat taulanmu

Andainya mampu kuputar sejarah leluhurmu
Ingin kutelusur persebarannya di rantau alam Melayu ini

Andainya mampu kuputar lakuku
Ingin kubersihkan segala dosaku kepadamu

Wahai ayahandaku yang telah pulang
Tiadalah dayaku 
memutar segala yang telah berlalu
Redhalah aku akan kepergianmu
kembali ke haribaan Rabbul Izzati

Munajatku akan tetap kuhadapkan kepada-Nya 
Bahagialah ayahanda dinaungi rahmat-Nya
Semoga segala hak dan amanah yang telah ayahanda tunaikan
kepada pencipta jiwa dan jagat raya
juga kepada makhluk di alam semesta
memberikan sinar di alam barzahmu

Istirahatlah wahai ayahandaku
di alam yang bebas daripada tipu daya dunia
sementara menanti tibanya alam mahsyar
perhimpunan besar penentu destinasi abadi
Semoga kita bersua di syurga jannati.

Lirik Lagu Gila Judi




















LAGU : GILA JUDI
Lagu/Lirik : Arwah DBA

SAMA LAH KITA MERENUNG KEMBALI
APA TERJADI BERULANG KALI
AKIBAT JUDI SANGAT DIKESALI
ANAK ISTERI TAK AKAN PEDULI

Gila judi buruknya akibat
Tak kenal kawan ataupun sahabat
Sanggup menipu kaum kerabat
Penyakit itu payah diubat.

Pabila asyik duk di meja judi
Lupa segala tanggungjawab diri
Semakin kalah semakin menjadi
Yang jadi mangsa anak isteri

Keluar malam kadang tidak pulang
Sering terjadi dah berulang-ulang
Walau isteri cuba menghalang
Si gila judi tak dengar bilang. . . .

*ada lagi 2 pantun. . .

Isnin, 31 Oktober 2011

Keratan Akhbar Utusan Malaysia 8 Ogos 2009

Abe Daud masih berlagu


MAT Daud Che Mat membuat persembahan bersama kumpulan Sinar Baru Kampung Chicha di Kubang Keranji, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 7 - Bagi kebanyakan anak Kelantan yang berusia 40-an ke atas dan menggemari hiburan tradisional, mereka turut membesar bersama irama lagu-lagu dikir barat dendangan juara Daud Bukit Abal dan kalangan penghibur seangkatan dengannya.
Di era 60-an hingga 80-an, nama Daud Bukit Abal sempena nama kampungnya atau Mat Daud Che Mat,69, cukup gah - ia merupakan 'tiket' bagi penganjur persembahan menarik ramai penonton saban malam sama ada di kampung atau di pekan.
Namanya sebaris dengan juara yang tersohor ketika itu termasuk Jusoh Kelong, Ariffin Ana dan Salleh Jambu.
Suaranya sering berkumandang melalui slot dikir barat stesen radio tempatan yang ketika itu tidak mempunyai sebarang saingan dengan stesen-stesen lain.
Mat Daud yang membahasakan dirinya sebagai Abe Mat masih belum meninggalkan dunia pentas seni dan dia kini membimbing anak-anak muda termasuk di Kampung Kubang Keranji di sini untuk diwarisi penguasaan dikir barat dalam bentuk asalnya.
''Ambo ni mula ngajar sejak dari hari tu lagi pah ko loni (saya mula mengajar dikir barat sejak dari mula dahulu sampai sekarang)," katanya kepada rombongan pihak media dari Kuala Lumpur dan Jabatan Warisan Negara mengunjunginya baru-baru ini.
Bersamanya di bengkel latihan di Kubang Keranji pada hari tersebut lebih 20 orang belia yang terdiri daripada enam pemuzik dan awak-awak (penyahut suara penyanyi) giat berlatih.
Melihat betapa sukarnya dia mengatur langkah dan mengah suaranya ketika ditemubual, ternyata beliau sudah dimakan usia.
Namun apabila dihulur mikrofon untuk mengalun suara bagi mengenalkan tetamu tentang siapa dia sebenarnya, dia tampak tiada beza dengan juara atau 'tok jogho' muda yang lain kerana suaranya masih tetap gemersik.
Mat Daud adalah satu-satunya daripada empat juara dikir barat terulung di Kelantan yang masih hidup. Rakan seangkatannya yang masih aktif sejak 1960-an sudah tiada.
Dia sudah mengajar lebih 170 kumpulan dikir barat seluruh Malaysia termasuk di institut pengajian tinggi. Malah pengalamannya sering ditagih untuk menjadi juri dalam pertandingan dikir barat termasuk di Thailand dan Singapura.
''Saya tidak rasa seni dikir barat ini akan hilang ditelan zaman kerana ia disuburkan dengan cara yang lebih menarik, disesuaikan mengikut zaman.
''Anak-anak muda meminati gerak gaya yang cergas dan bunga tari dalam persembahannya, namun mereka perlu tahu dan turut menjaga keasliannya,'' kata Mat Daud.
Pada awalnya dia dikenali dengan gelaran Daud Yalley yang membawakan lagu-lagu irama padang pasir sebelum beralih kepada lagu-lagu Melayu Asli yang disesuaikan dengan lengguk dikir.
''Masa muda dulu saya bergerak dengan kumpulan sendiri, Kumpulan Bukit Abal, sebelum begerak bersendirian sebagai juara undangan.
''Sekarang saya masih mendapat jemputan dari kumpulan bekas-bekas anak murid saya yang meminta saya menjadi tok juara atau penyanyi utama dalam persembahan mereka."
''Setiap minggu beliau mendapat tidak kurang tiga jemputan bukan sahaja dari Kelantan tetapi juga Terengganu dan Thailand," ujarnya.
Bagi Mat Daud, lagu dikir barat mesti mengikut peredaran zaman agar ia lebih bermakna dan bukan hiburan murah semata-mata.
''Saya boleh katakan pada zaman dahulu lirik dan lagunya hanya bermatlamatkan hiburan orang kampung. Hiburan sungguh-sungguh, tak ada faedah.
''Yang dinyanyikan berkisar tentang wanita dan hubungan kasih lelaki dan perempuan, sekadar hiburan melepas lelah selepas musim menuai padi.
''Tetapi sekarang banyak lagu dikir barat diolah untuk mengajak kepada kebaikan seperti dakwah Islam dan perpaduan rakyat," jelasnya.
Pesara tentera, Rosli Nawi, 43, ketua kumpulan dikir barat Sinar Baru, Kampung Chicha yang mendapat tunjuk ajar Mat Daud hari itu berkata, mereka menjemput tok juara veteran tersebut untuk mengajar kerana mahu mendapat ilmu dan seni itu yang asli.
''Mat Daud adalah satu-satunya rujukan asli dikir barat yang masih ada. Kita kumpulkan budak-budak untuk mendengar sebutan dan irama yang betul daripadanya. Rugilah kalau kita tidak ambil peluang berguru dengan beliau," katanya.
Mat Daud yang mempunyai pewaris 'sah' seni dikir barat menerusi dua anak lelakinya yang bergiat aktif di institusi pengajian tinggi dalam negara iaitu Arman, 28, dan Amran, 22, bercadang 'bersara' dalam masa dua tahun lagi.
''Lagipun anak murid ambo dah ramai. Satu Malaysia ini anak cucu pak cik belako," katanya yang sudah mencipta lebih 400 lagu.


*betol la arwah ayah betol2 bersara 2 tahun kemudian . . .

Ahad, 30 Oktober 2011

Keratan Akhbar UTUSAN MALAYSIA hari ini : Temasya Dikir Barat Meriah

Temasya dikir barat meriah

Jumaat, 28 Oktober 2011

Kaset DBA Tahun 80 an Dahulu

Ini antara koleksi kaset Arwah DBA yg ada dlm simpanan aku. Dalam kaset ni ada lagu-lagu Arwah DBA Arwah Salleh Jambu, Arwah Hussin Gelang Mas dan Pok Wo Sudin.
Mungkin ada di antara remaja-remaja generasi baru ni dah tak kenal atau tak pernah tengok kaset dikir barat yang warna merah mcm ni, al-maklum la mereka lahir di  zaman CD, VCD dan MP3 dah kan. 
Setiap kali aku dengar suara-suara mereka dalam kaset ni pasti BULU ROMA aku akan BERDERAU NAIK. Memang hebat mereka ni dulu - dulu. Mereka mmg layak digelar LAGENDA kita.

Antara koleksi kaset DBA  yg ada dlm simpanan aku.

KESAH NAN LALU

LAMANYA KITA TIDAK BERJUMPA
BERTAHUN - TAHUN TAPI MENGAPA
DALAM HATI KU TETAP TAK LUPA
RINDU NAK KIRIM PADA SIAPA.

Cuba kau igt kisah nan lalu
Kisah kita masa dahulu
Tak dapat aku kenang selalu
Hati yang sedih bertambah pilu.

*ada 5 pantun lagi . . .

Khamis, 27 Oktober 2011

Selesai Sudah Majlis Tahlil 40 Hari Arwah

Terima Kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat. Aku tak sangka ramai yg datang. Sampai tak muat rumah kena tunggu giliran. Ada yang sampai "tahlil" atas motor dan dalam kereta jer. . .

Antara sebahagian yg hadir tahlil.
Chef kita Abg Zin dan Fattah . . .

Nasik Kawah..Fuhhh!! Kerak Best Wooo!!!

Gulai kawah special campur umbuk kelapa.

Terima Kasih tak terhingga . . .

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA JUGA KEPADA KAWAN - KAWAN YANG TAK DAPAT HADIR . . .