Arman DBA: BIODATA DAUD BUKIT ABAL

Selasa, 11 Oktober 2011

BIODATA DAUD BUKIT ABAL


(bersama SALLEH JAMBU,MAT YEH, JUSOH KELONG, DAUD BUKIT ABAL,SEMAN WAU BULAN, DOLLAH TOK DEH, ZALEHA BUNGA RAYA, HUSSIN GELANG MAS DAN RIPIN ANA.
Semasa persembahan dalam istana Negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan)

Kad Pengenalan Arwah
Salinan IC ni aku bawa selalu dalam dompet aku


BIODATA

Nama : Mat Daud bin Che Mat
No Kad Pengenalan : 401223-03-5233
Tarikh Lahir : 23 Disember 1940
Nama Gelaran : Daud Bukit Abal
Asal : Kampung Banggol Jenereh,16800 Pasir Puteh Kelantan
Umur : 71 tahun (semasa meninggal dunia pada 17 Sep 2011)
Bil Adik Beradik : 3 (anak ke 2)
Isteri : Zarinah bt Noor
Bil Anak : 9 Org (7 lelaki, 2 perempuan)
Abd Aziz, Adnan, Aryadi(dgn isteri pertama sblm berkahwin dengan Zanirah bt Noor)
Arman, Arjuna, Amran, Anira, Aspalila, Ahmad(hasil drp perkahwinan ke-2 dgn Zarinah bt Noor)

Kampung Kelahiran Arwah DBA
Kampung Banggol Jenereh,16810 Pasir Puteh, Kelantan






PENDIDIKAN

Hj. Daud Bukit Abal adalah salah seorang guru agama  Arwah

Berpendidikan di Sekolah Pondok Bukit Abal
Di antara guru agama beliau ialah :
Tok Guru  Hj Daud Bukit Abal
Tok Guru Hj Abd Mutalib Bukit Abal 
Tok Guru Hj Mat - Selinsing
Tok Guru Hj Zakaria - Selinsing




Kumpulan Dikir Barat Daud Bukit Abal
Tahun 1981
Bergambar sebelum ke Melaka
Tok Joro Daud Bukit Abal
Tukang Karut Pok Wor Sudin
Awok-awok Kampung Lepah, Pasir Puteh, Kelantan


SEJARAH PENGLIBATAN DALAM SENI DIKIR BARAT
Mula menjinakkan diri dalam bidang seni dikir barat pada pada tahun 1960 di usia 20 tahun. Beliau mula mencipta nama dan dikenali  ramai di negeri Kelantan sebagai seorang Tok Joro pada tahun 1962.

Berkecimpung dalam arena Dikir lebih daripada 50 tahun.
Beliau begitu tersohor sekitar tahun 60-90an..
Beliau merupakan pendikir(tok joro) seangkatan dengan gemuloh Jusoh Kelong, Gemuloh Arifin Ana  dan Gemuloh Salleh Jambu. 




Kampung Bukit Abal, 16810 Pasir Puteh, Kelantan


GELARAN " BUKIT ABAL"
Bukit Abal adalah nama sebuah kampung di dalam daerah Pasir Puteh. Terdapat satu kumpulan dikir di kampung tersebut yang begitu aktif pada ketika itu(tahun 1960). Mat Daud yang begitu berminat dengan seni dikir telah menyertai kumpulan tersebut. Bermula sbg awok2 dan kemudianya diangkat menjadi Tok Joro. Kumpulan Dikir Barat Bukit Abal mula menjadi bualan ramai dan tersohor dengan adanya seorang Tok Joro yg berkebolehan. Bermula dari situlah beliau mula mengukir nama dalam dunia seni dikir barat sbg Tok Joro... Sbb itu lah beliau diberi gelaran Daud Bukit Abal dan nama gelaran itu lekat sehingga ke hari ini..




Anugerah terakhir arwah oleh
Presiden JAKSA Pendamai Kelantan
ANUGERAH KHAS TOKOH DIKIR BARAT

(byk lagi anugerah2 yg diterima, gambar dan keterangan lebih lanjut akan ditambah dari masa kesemasa)

PENCAPAIAN DAN ANUGERAH 
Daud Bukit Abal telah dua kali Johan pertandingan dikir barat di peringkat kebangsaan.
Pada tahun 1973 pertama kali pertandingan Dendang Rakyat peringkat kebangsaan diadakan, beliau bersama Allahyarham Awang Ikan Duyung telah menyertai pertandingan tersebut dan telah mendapat Naib Johan. Dua tahun berturut-turut mendapat Naib Johan 1973,1974 dan pada tahun 1975 barulah beliau mendapat Johan dalam pertandingan akhir melawan kumpulan dikir Allahyarham Salleh Jambu bersama Tukang Karutnya Allahyarham Seman Wau Bulan di dewan Sri Penang, Pulau Pinang bersama kumpulan dikirnya Sri Merkang, Merkang, Pasir Puteh.

Pernah mendapat anugerah Tokoh Seni Negeri Kelantan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Istana Negeri Kelantan dan beberapa kelab Dikir Barat di Negeri Kelantan.

Telah mengeluarkan byk album solo. Antara lagu-lagu yang telah mengangkat nama beliau ialah Anida, Gembira, Rumi dan Juli, Azura, Di Mana kan Ku Cari Ganti(bini mati), Demo Jando Kawe Tak Dok Bini 
dan byk lagi. . .

Beliau mempunyai anak murid di seluruh tanah air termasuk di Pattani Thai dan Singapura.
Di antara anak-anak murid beliau ialah Malik Jelapang, Nordin Adik Manja, Rasyid Anak Ular, Zaidi Internet, Halim Yazid, Pok Ku Kamal, Badul, Gemuloh Jemi Bukit Marok, Gemuloh Ismail Gunung Ganang dan ramai lagi.. 

Beliau juga seorang pendikir yang serba boleh.. beliau bukan setakat boleh menyanyikan lagu-lagu sbg Tok Joro malah beliau juga boleh mengarut(Tukang Karut), mencipta lagu dan pantun.
Abg Daud sangat mementingkan ketepatan pantun dalam setiap lagu-lagu beliau . . .

Al - Fatihah . . .
Comments
0 Comments

0 ulasan: