Arman DBA: Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia

Selasa, 11 Oktober 2011

Dato Ahmad Jais Meninggal Dunia

Al-Fatihah dan salam takziah kepada keluarga Dato Ahmad Jais.

SHAH ALAM: Penyanyi veteran, Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, 1 Oktober lalu akibat sesak nafas, meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi. Allahyarham yang dilaporkan kembali stabil dan beransur pulih selepas seminggu dimasukkan ke DEMC mulai nazak, semalam, dan dikunjungi sanak saudara dan kenalan artis termasuk Datuk A Rahman Hassan. Jenazah akan dibawa ke Masjid Shah Alam untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sebelum Zohor.
(Akhbar Metro) 11 Oktober 2011


Dalam Kenangan, Bersama Mat Jais (Tengah), En. Zainol (Kiri) dan Saya (Kanan) "Pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2007 di Auditorium Angkasapuri"
Bergambar bersama Allahyarham Dato Ahmad Jais semasa program pertandingan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2007 di Angkasapuri,KL.

Belum sampai sebulan seorang lagi IDOLA aku telah meninggal dunia. Aku adalah salah seorang peminat Allahyarham. Antara lagu-lagu Allahyarham yg aku wak cari makan ialah MENGHARAP SINAR MENELAN KABUS, DI AMBANG SYURGA, CENDERAWASIH, BAHTERA MERDEKA dan byk lagi. . . .Aku kagum dengan lontaran vokalnya yg lantas, sebutannya yg jelas dan dgn gaya KASUT PUTIHNYA. . .

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman serta diredhai..Aminnn...
Comments
0 Comments

0 ulasan: